Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN

Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN

2017 mungkin merupakan tahun yang sibuk bagi pihak PTPTN dan Peminjam Tegar. Dan saya yakin mesti ramai dikalangan kita pada hari ini adalah insan yang bergraduat dengan hutang pendidikan terkumpul.  Dari segi sudut positif, kita seharusnya berterima kasih kepada pihak PTPTN kerana telah menyediakan perkhidmatan pinjaman pendidikan bagi pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan cita-cita ke menara gading dan menggenggam segulung Ijazah yang menjadi kebangga kedua-dua ibu bapa dan keluarga.

Tetapi, ini bukan isu yang saya ingin kongsikan hari ini. Isu sebenar adalah bagi lepasan ijazah yang mengalami nasib yang sama seperti saya iaitu mempunyai baki tertunggak bayaran bulanan yang sudah lama tak terbayar dan telah mendapat surat peringatan 1-3, saya nasihatkan anda supaya ambil tahu tentang pinjaman anda itu.  Hal ini adalah, pihak PTPTN sebenarnya ingin membantu kita untuk menguruskan pinjaman tersebut dan elak nama kita disenarai hitamkan.

Proses membayar tunggakan pinjaman saya telah kongsikan dalam entry sebelum ini. Terdapat banyak kaedah yang ada bleh gunakan untuk urus masalah tunggak tersebut.

Hari ini, saya ingin kongsikan perkara penting yang anda perlu buat sekiranya telah menyelesaikan tunggakan pinjaman yang harus dibayar pada tempoh tertentu.  Contohnya sya, telah menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,066.00 dan mendapat resit pembayaran dari Pihak PTPTN. TETAPI, saya ingin INGATKAN kepada anda untuk dapatkan surat pengesahan pembayaran balik baki tertunggak tersebut untuk supporting document bagi urusan pinjaman yang anda ingin lakukan. Hal ini amat membantu dalam proses kelulusan permohonan tersebut.

Sekiranya anda terlupa untuk mintak surat tersebut, anda boleh email kepada pihak PTPTN untuk dapatkan surat tersebut dan sertakan sekali maklumat serta softcopy bagi resit pembayaran.  Anda akan dapat feedback dari pihal PTPTN dalam kadar yang segera.

Sekian kongsian saya pada entry kali ini. Nanti saya akan update aktiviti terbaru insyaAllah. Assalamualaikum. =)

Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN.


Menjelang 2017 dan semangat positif membara

Menjelang 2017 dan semangat positif membara




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogger semua, rasanya dah lame jugak sy x update apa-apa blog saya ni. Banyak sebenarnya yang sy nak kongsikan dengan sabahat semua, tetapi masa agak mencemburui saya sekarang.. Cewwah...

InsyaAllah, starting from today u will hear a lot from me. Especially untuk review gadget terkini.

Untuk entry kali ni biarlah sy menceritakan kabaran sy disini. Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Untuk berat terkini alhamdulillah juga saya dah berjaya mencapai berat ideal yang dipuja-puja selama ini. Cuma part muka tu x pandai nak kecik2... still kembang semangkuk jugak. hahahaha

Nway, insyaAllah, saya juga akan update diet dan cara makan teratur.

Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan bertenaga setiap hari ye. Sekian dulu buat masa ini. Jumpa dalam entry terbaru nanti. Assalamualaikum.. =)

Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung

Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung


Baca lagi:


Turun berat badan 18kg dalam tempoh setahun




Mesti ramai yang tertanya-tanya, betul ke ni? Ya, Teh Herba Orang Kampung ini memang sesuai diamalkan bagi golongan yang susah nak jaga makan. Tetapi, adalah disyorkan seboleh-bolehnya mengurangkan kuantiti makanan yang diambil supaya mendapat kesan yang memuaskan. Lagi nak cepat dapatkan kesan??? Anda kena lakukan SENAMAN .. Supaya lemak cepat terbakar.




Bagaimana cara menggunakan produk Teh Herba Orang Kampung ni? Teh Herba

Orang Kampung ni diminum selepas anda makan tengahari dan selepas makan malam. Dua (2) kali minum. Jika anda tidak makan malam, tidak perlu minum.

Apa pula kesan sampingan dengan minum Teh Herba Orang Kampung ni? Kesan sampingan dari penggunaan produk ini adalah anda akan kerap membuang air besar. Kekerapan di sini bukan lah ditahap kritikal di mana anda terpaksa ulang alik ke bilik air. Sekiranya minum teh selepas makan malam, anda akan membuang (ke bilik air) pada esok nya. Selalunya berlaku bangun awal pagi. Kalau minum selepas makan tengahari, anda akan membuang pada belah malam. =) (Ini seperti pengalaman saya sendiri) 


Jenis Produk Teh Herba: Produk Teh Herba Orang Kampung terdiri dari tiga (3) jenis:

  • Teh Herba Original
  • Teh Herba + Limau Purut
  • Teh Herba + Halia



Setiap jenis produk teh ini membawa fungsi tersendiri selain menjadi agen utama mengurangkan berat badan. Untuk tujuan hanya mengurangkan berat badan, disyorkan menggunakan Teh Herba Original.

Bagi yang mempunyai masalah bau badan, boleh menggunakan Teh Herba + Limau Purut yang membantu untuk mengurangkan berat badan dan masalah bau badan.

Bagi yang mempunyai masalah badan berangin, boleh menggunakan Teh Herba + Halia yang membantu untuk mengurangkan berat badan dan membuang angin.

Harga Sekotak : Semenanjung RM23 - RM24, kalau di Sabah dan Sarawak, Harganya dalam lingkungan RM20 - RM22

Dalam sekotak, mengangdungi 30 uncang (3g seuncang)

Sebelum : 98KG

Selepas : 80KG


Baca lagi:


Turun berat badan 18kg dalam tempoh setahun



MetaTag
Teh orang Kampung
kebaikan teh orang kampung
Testimonial teh orang kampung
Teh halia orang kampung
Teh limau purut orang kampung
Majlis Berbuka Puasa Bersama Keturunan Abang Jamaluddin Bin Datuk Patinggi Muai, 02 Julai 2016 di Grand Dormani Rajah Court

Majlis Berbuka Puasa Bersama Keturunan Abang Jamaluddin Bin Datuk Patinggi Muai, 02 Julai 2016 di Grand Dormani Rajah Court

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan bertemu Ramadhan yang ke-27. Entry kali ni saya nak update sikit event yang sy join pada hari ni..

Nak dijadikan cerita, family member yg lain bekerjasama untuk mencari dan menyusun salasilah keluarga atau susur galur keturunan Abg Jamaluddin yang disebut sebut sbg Abg Jamai... ;)

Kalau diikutkan Abg Jamaluddin ini adalah atuk atau lebih disebut sebagai moyang.. Ayah kepada Abg Ali iaitu ayah kpd mak sy... Tdo jap... nanti sambung.. ha ha penat.

Harga Cat Jenama Jotun di Kuching, Sarawak -Persiapan Raya 2016-

Harga Cat Jenama Jotun di Kuching, Sarawak -Persiapan Raya 2016-

Harga Cat Jenama Jotun di Kuching, Sarawak. 

Lama dah try survey cat Jotun di pasar kuching, tapi rata2 tak da yg jadi supplier kepada cat jenama Jotun.. The only Jotun supplier in Kuching/Samarahan yang terletak di lebuhraya Samarahan.. 
Diorang pon bagi tau, hanya diorang sahaja supplier and kilang terletak di pending.. Layanan tokey dan pekerja pulak tiptop. 

Kalau anda selalu guna highway samarahan, dari kuching ke samarahan... Kedai ni terletak disebelah kanan dan bersebelahan dengan kedai perabot.. 
Harga untuk satu tong cat 7litre tidak adalah anggaran Rm42-58 se tong.. Untuk kegunaan dalaman sahaja.. Manakala untuk kegunaan luar... Harga dalam lingkungan Rm100-120 untuk 5litre (cat campur) lebih tahan, senang cat, cepat kering, antifade dan diyakini.. 

Ini adalah cat air Jenama Jotun untuk. kegunaan dalaman rumah.. Warna orange delight pada harga rm58. Bagi harga warna yg kurang terang adalah rm42

Kalau rumah saya dulu ayah suka guna cat dalam kasi cincai untuk digunakan pada luaran rumah... penggunaan adalah 5-6 tong untuk tong 7litre. Maksudnya total adalah sebanyak 42litres..
Untuk raya kali ini, 1 family decided nak guna jenama Jotun sebab based on byk testimonial kata lebih tahan... 

Untuk cat luaran... takda jual dalam kuantuti 7litres ya... semuanya adalah 5litre dan 20litres.. so untuk rumah saya... kita terpaksa beli 2 tong cat jotun 20litres bersamaan dengan 40litres.. dan kos untuk setiap tong adlaah sebanyak Rm280 dan total adalah sebanyak Rm560.[biar alah membeli menang memakai]


Hari ni dah habis cat 1 rumah.. dan baki dalam tong ke2 adalah dalam 10litres.. maksudnya... quantiti penggunaan bagi jenama ini adalah lebih minimal daripada penggunaan cat air biasa... (walaupon pada dasarnya harga adalah lebih mahal)

Ini adalah kaler yg kitorang pilih untuk raya kali ni.. Kalo cat lama jangka hayat adalah selama 3 tahun.. Untuk kali ni kita tengok bapa tahin dia leh bertahan.. 


Kelebihan yg ada pada cat ini adalah cepat kering... dan tidak menyerap air seperti cat air biasa... lebih kesat dan seakan berkilat. 
Masalah gigi retak, rosak dan buruk dan tip penyelesaian

Masalah gigi retak, rosak dan buruk dan tip penyelesaian

Gambar Hiasan (Sumber Google)



Assalammualaikum,
Alhamdulillah kita masih lagi berada dibulan Ramadhan dan Aidilfitri bakal menjelang..

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang masalah gigi retak ataupun rosak.. Saya pernah berhadapan dengan isu ini dimana gigi hadapan saya retak dari dalam, jadi kesan dari retak tu, gigi saya mula rosak dan bertukar warna dibahagian yg retak tersebut... Macam mana leh retak? Masa sekolah menengah dulu, walaupun dah besar panjang saya still suka main kejar2 dengan adik dan kawan2 adik saya.. So, tengah2 main tu terlanggar kepala kawan adik saya... Kepala dia takde cedera just kesan langgar gigi saya jer ada kat kepala dia... Tapi masa tu tak perasan lagi yang kesan perlanggaran terbut menyebabkan gigi saya retak dari dalam...


Kesan mula nampak apabila saya sambung study kat Politeknik. Masa tu dah 2nd semester  2008 rasanya.. Hilang confiden bila berhadapan dengan kawan2 dan org lain..

Jadi, solution yang saya ambil, saya g klinik gigi (poliklinik) untuk dptkan rawatan gigi.. Alhamdulillah, diorang tampal dalam tu yang kawasan berlubang.. Tapi malangnya tampalan tu tak lama, dalam sebulan dah tertanggal semua..
Tak berputus asa, saya g klinik gigi swasta A, tapi still sama... seminggu after tampal, tertanggal.. Buntu dengan masalah tersebut, saya story kat member, terus member syorkan klinik gigi yang bersesuaian..

Klinik gigi kedua saya pergi, memang ramai orang. Mungkin service yang tiptop rasanya kot.. Tiba turn saya, doktor tengok then terus cakap kita buang bahagian yang rosak ini dulu...

Masa dia buang kawasan rosak tu, memang agak mencabar... ngilu tak yah cita... Gigi rosak dah menular ke gigi sebelah... Almost separuh dari gigi hadapan tu doktor kikis.


Selepas selesai buang bahagian rosak, terus ke prosedur tampal simen (rasanya kot)... Warna tampalan sama dengan warna gigi... Syukur sangat2 sebab masalah gigi dah selesai.. Boleh senyum lebar dah.. 2 minggu selepas rawatan tidak dibenarkan minum air yang berwarna untuk elak tampalan bertukar warna.. Saya minum air putih jer.. Alhamdulillah.. Tampalan tu kukuh sampah sekarang.. 2008-2016

Kenapa sy share story ni? - Kebanyakkan orang2 kita, dia malu nak bertanya or tak tahu yang masalah gigi rosak/nak reput/buruk yg peringkat awalan masih boleh diselamatkan.. Jangan dibiarkan sampai gigi tu hilang (rongak). Ada diantara mereka dah plan siap2 dalam kepala nak buat gigi palsu untuk solution.. (gigi palsu pon mahal kos nya, baik buat treatment dr buat gigi palsu).

Kos tampalan saya pada masa tu just Rm90 (Rm45 utk sebatang gigi). Mungkin sekarang boleh cecah Rm60 utk sebatang gigi.

Sekian buat masa ni... Hope membantu bg yang memerlukan nasihat gigi.

Nuffnang CPUV (Cost per unique visit) campaigns sedang rancak di blog Mulut Orang

Nuffnang CPUV (Cost per unique visit) campaigns sedang rancak di blog Mulut Orang


Syukur alhamdulillah, akaun nuffnang saya dah kembali aktif, syukur sangat. He he, at last dapat jugak generated more side income selain dari Adsense. Akaun saya ni last aktif pada July 2012. Lama sangat dah tinggal dunia blog. So sekarang nak aktif sikit kongsi cerita apa yang ada untuk tatapan anda semua. =)
CPUV (Cost per unique visit) campaigns adalah pendapatan bagi bilangan tertentu pengunjung ke blog Mulut Orang ni. Dah start aktif pada May 2016. Ini berbeza daripada cost per click di mana setiap klik iklan dilakukan oleh pengunjung akan menambahkan pendapatan blogger. So, JOM kita sama2 jana pendapatan melalui blog. =)






Masalah keguguran rambut dan Trial penggunaan Neo Leaf Hair Tonic

Masalah keguguran rambut dan Trial penggunaan Neo Leaf Hair Tonic



Assalamualaikum, kali ni saya nak share sedikit story masalah rambut gugur yang di alami sejak menaun dah. Ha Ha. Tetiba sekarang timbul kesedaran nak melebatkan semula rambut selepas adik saya tegur rambut saya semakin nipis atau jarang. Mungkin disebabkan bertudung menyebabkan saya kurang peka pasal masalah rambut ni. Saya anggap normal saja. Tapi tak sedar rupa nya rambut semakin menipis.


Bila pergi kedai gunting rambut baru2 ni pon tukan gunting tegur rambut banyak gugur katanya. So dia syorkan saya buat treatment rambut. Dia buat offer so saya pon on je. Selepas treatment, tak kan nak seminggu sekali treatment kan? Bukan setakat rambut leh kopek.. Poket pon leh rabak. So saya try survey online produk2 yang abgus digunakan untuk masalah rambut gugur. Ingatkan penggunaan shampoo main peranan, rupanya tidak. Masalah rambut gugur di rawat dengan menggunakan produk Hair Tonic.


Banyak jenis Hair Tonic yang ada dijual di farmasi mahupon secara online. Saya prefer beli online sebab malas nak kuar g cari.  So, jumpa la artikel pasal budak perempuan dari Indonesia yang mengalami masalah sama seperti saya dan dia menggunakan produk Neo Leaf hair Tonic produk keluaran Jepun.  Berdasarkan testimonial beliau, memang berkesan dan kesan dapat dirasai dalam 3 hari selepas penggunaan produk ini.

Saya try cari kat laman shopping online seperti Lazada dan Superbuy, saya buat perbandingan harga then decided beli dari superbuy sebab more cheaper.

Dalam masa 3 hari, produk ditempah sampai dengan selamat ke rumah saya. Dengan packing yang TIPTOP dari Superbuy.my yang tak pernah mengecewakan saya.

Ini adalah Neo Leaf Hair Tonic bersaiz 240ML dengan harga RM110 including pos.

Dalam botol kaca, tu pasal dorang kena packing elok2. Ha Ha Ha

Okay, beralih kepada cara penggunaannya pulak: 
Hair tonic Neo Leaf digalakkan penggunaan selepas mandi dan rambut dikeringkan sedikit. Guna tiga titisan sahaja dan gunakan lebih pada kawasan yang mengalami keguguran rambut yang teruk.

Kalau cara saya, saya direct tuangkan ke kulit kepala untuk 3 lines, kawasan tepi dan tengah kepala. Selepas tu urut selama 2-3 minit. Guna setiap kali selepas mandi yer. Elakkan terkena mata. 

Hair tonic ni bau dia sangat wangi. Leh tidor senyum jer hidu bau yg sangat wangi.  Kulit kepala rasa berangin sekejap dan rasa rambut nak berdiri/kembang.  Bagi yang berambut pendek akan cepat merasai perubahan selepas penggunaan produk ini.

Bagi yang mengalami masalah kelimumur, saya syorkan anda guna ni. Memang layan. Masalah kelimumur selesai dalam masa yang singkat.


Saya start guna hair tonic Neo Leaf ni since 11.06.2016  till now, 18.06.2016 masalah rambut gugur dan kurang. Tak macam dulu, memang setiap kali lepas sikat rambut, confirm ada banyak rambut kat lantai. Sekarang, syukur alhamdulillah. Rambut macam kelihatan sihat dan masalah kulit kepala gatal memang dah jarang sekarang ni.

Bagi yang mengalami masalah sama seperti saya, anda leh cuba produk ni, tedapat dalam saiz 120ML dan harganya lebih murah juga.  Selamat mencuba ya.

Muzium 3D terbesar di Malaysia (Pulau Langkawi) - Art in Paradise Langkawi

Muzium 3D terbesar di Malaysia (Pulau Langkawi) - Art in Paradise Langkawi



Art in Paradise Langkawi di Malaysia terletak di Pulau Langkawi iaitu di Oriental Village. Selain itu dikenali sebagai Muzium 3D terbesar.  Muzium ini merupakan muzium 3D terbesar di Malaysia dan salah satu terbesar di dunia. Kesemua artworks yang dihasilkan dalam muzium ini adalah hasil lukisan tangan diketuai oleh 23 orang Pelukis Master Korea dalam lingkungann umur 60 tahun dan generasi terakhir mereka, dan dengan kerjasama beberapa orang pelukis tempatan kita.  Kesemua artworks dipamerkan dalam bentuk 3Dimensi (3D).



Oriental Village- tempat nak naik cable car tu.

Serba sedikit info mengenai Art in Paradise Langkawi

Terletak di Oriental Village. Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
Menerima Award sebagai The Largest Trick Art Museum dari The Malaysia Book of Records, Best Tourism Attraction (Man Made) dari Langkawi Tourism Awards LITA
Keluasan: 20,000 sq.ft.
Lebih dari 100 artworks
Terdapat 9 zon dalam muzium tersebut iaitu:
  1. Optic Illusion
  2. Aquatic
  3. Safari
  4. Interactive 1
  5. Fantasy
  6. Classic
  7. Central Hall
  8. Malaysian
  9. Interactive 2


Kadar Bayaran:

Pemegang Mykad:

Dewasa RM30 (Warga emas dapat harga murah lagi)
Kanak-kanak RM20

Normal:

Dewasa RM38
Kanak-Kanak RM28

Masa Operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 9.00pagi sehingga 6.30petang
#Contact Number : 013-5091209
Art in Paradise Langkawi (Facebook)












Pengalaman memohon jawatan Inspektor Polis 2016

Pengalaman memohon jawatan Inspektor Polis 2016

Asslammualaikum dan salam sejahtera,



Baru terfikir nak update tentang perjalanan memohon jawatan inspektor polis ni.  Lepas abis study dulu disember 2013 terus isi SPA online apply untuk jawatan ni. Alhamdulillah, june 2015 dapat surat untuk dokumentasi dulu.. bukan interview dan sebagai nya ya.. haha..



Stage-stage sebelum layak atau dapat tawaran :

1. Dokumen eksesais (dekat sini semua senang pass sebab diorang ukur berat n tinggi sahaja)
2. Fizikal Test (Dekat sini hampir kesemua pass)
3. MIT test (Dekat sini pon ramai gak yg pass)
4. Interview (Dekat sini yang ramai Kecundang)
5. Tunggu surat panggilan (dekat Sini ramai yang makan hati) - sebab, tak semua yang berjaya interview akan dapat surat panggilan untuk training PLAK Inspektor




Eksesais dokumentasi
Proses disini just isi borang, bawa borang dan sijil seperti yang dinyatakan dalam surat. Cek berat dan tinggi. Hari saya ni, ramai yang rejected sebab tinggi tak cukup. Minimum 157 cm kalau tak silap saya.

Fizikal Test
Proses kat sini, dia buat ujian kecerdasan dahulu beserta kawad. Lepas satu satu, then buat larian 2.4KM. Wanita sepatutnya 16minit utk 2.4 tu. Tapi berserah je kalo terlebih dari tu. He He He

MIT test 
Ujian ni ujian berkomputer yang dilakukan di pulapol.  Yang ini jawap ikut jujur hati. Jangan ikut cakap kawan. Insyaallah ada rezeki lulus.

Interview
Yang stage ni, ofcozlah kalau anda lulus ujian di atas (MIT).  masa saya iv dulu, dalam bentuk kumpulan. 5 orang sekali masuk. Cakap lah sorang2 ikut turn. Almost 2 jam setengah duduk dalam bilik, Yang kita daam bilik tu tak rasa lah, yang calon kat luar tengah menunggu tu yang rasa betapa lama dok dalam tu. Keputusan IV diketahui petang tu jugak. Ikut tempat IV ada yang keesokkan harinya.. Tapi, untuk tempat kitorang, result terus dapat petang lepas habis semua calon IV. So malam tu, lepas diorang call, patah balik ke IPK untuk briefing apa yang perlu dibawa keesokkan harinya.



Keseluruhan tempoh di atas ambil masa anggaran selama 9 bulan. Bagi yang dah lulus interview, dinasihatkan jangan sesekali behenti or tender berhenti kerja dahulu, sebab walaupun anda lulus interview dah amik cop jari 10 dan medical check - up, belum tentu lagi anda layak ke final stage iaitu, surat panggilan.  Biar ada hitam putih, barulah anda buat langkah seterusnya,

Zaman serba canggih sekarang, semua calon dah boleh berhubung antara calon melaui group FB dan wasap, so senang sharing info dan sebagainya.




Untuk keputusan saya, mungkin belom ada rezeki tahun ini, so saya akan try untuk tahun akan datang semoga rezeki lebih cerah pada masa akan datang.

Temuduga jawatan SPA
Temuduga jawatan polis
Temuduga jawatan Inspektor polis
Temuduga jawatan PDRM
Temuduga jawatan polis Inspektor